Syafina Darlila

RANTAI BURUNG HANTU HARAM ??
Saturday, December 10 . 0 word(s) .
[maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekonggol dengan benda ini , sudah bagi tanggungjawab aku sebagai orang Islam]


Makin jauh aku teroka dunia ni makin takut dan amat merisaukan aku . Aku risau bagaimana negara aku , bangsa aku , yang paling penting agama aku iaitu ISLAM!! , Aku risau umat islam kini keliru dengan dunia mereka sendiri , mereka seolah seolah seperti lembu dicucuk tanduk , 


orang kata -
-"kau pakai ni , fesyen baru rugi kalau tak pakai"
-"tengok ni loket gamba 'BURUNG HANTU' ni , aku nampak dalam tumblr hari tu comel sangat sangat jom kita beli"


Inilah masalah orang kita , lawa sikit je baru puji sikit dah cair terus beli , tanpa fikir panjang . Tahukah anda , apa maksud burung hantu tu ? memang lawa , memang comel , memang bergaya kalau pakai , memang mudah untuk kita dapat perhatian loket ni tapi sedar tak kita , loket yang kita pakai tu loket siapa?siapa buat ? siapa yang promosi? . Maka , hari ni aku akan tunjuk kan pada kalian apa yang ada disebalik loket ini .







Apa semua ni ?? pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ? kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA , dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2 ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antara nya orang islam .
















[KALAU ANDA PERNAH LIHAT SIMBOL ATAU APA JUA BERKAITAN DENGAN INI , DIHARAP ANDA DAPAT JAUHKAN DIRI DARI MEREKA ]

Bersusah payah RASULULAH S.A.W , berhijrah , untuk menyebarkan islam , mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang di dunia dan di akhirat tapi kita? apa kita buat? menjatuhkan maruah agama , sanggup murtad , sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan agama.

tahukah anda mereka(pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka(pemuja dajal) burung hantu sebagai simbol ritual mereka , 

MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika bersiar-siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket ini besertakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM , 

Maka kita kena hindar benda ni dari terus berluasa , kita kena peka !
wahai kaum Adam wahai kaum Hawa bangkit ! kita kena bertindak , kita kena halang semua ini.

Kita PERLU saling menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA , sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu. takut kita tersalah beli , Mereka suka sahaja kerana rancangan mereka berjaya.




Maka aku sebagai wakil seluruh umah yang ingin menegur tapi takut ada yang kecil hati , kepada semua kaum Hawa atau Adam , berhentilah dari membeli , memakai loket ini , HARAM bagi kita umat islam memakai barangan dari mereka(pemuja dajal,zionis) . Kaum Adam , kita ni lelaki , tak perlu kita pakai rantai rantai ni , bukan cara kita , agama kita tak suruh pun ..

ANTARA sebab lain :

Membuat atau mengukir patung bagi objek  yang bernyawa secara lengkap segala anggota tubuh badan dan jisim dan bayang , sama ada  ia di alam bentuk manusia atau haiwan adalah berdosa besar.

Perkara ini disandarkan kepada beberapa hadis sahih Rasulullah S.A.W  yang memberi amaran  tentang azab seksa  yang akan ditimpakan kepada mereka  yang mengukir patung pada hari kiamat  kelak.

Apabila patung-patung tersebut di jadi kan perhiasan , maknya ia di jadi kan sebagai sesuatu  yang dimuliakan atau  ada unsur-unsur  penghormatan. Oleh itu , meletakkanya  dengan tujuan perhiasan  adalah perbuatan yang haram (berdosa). manakala malaikat tidak akan  memasuki rumah  yang terdapat patung.

SABDA RASULULLAH .

maksudnya : "Malaikat tidak  akan memasuki  rumah yang terdapat  di dalamnya  patung-patung  atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa"


KESIMPULANNYA:
-KITA BOLEH BERGAYA TAPI MESTI KENA GAYA , JANGAN SAMPAI KERANA BERGAYA ,AKIDAH KITA RUNTUH , MARUAH AGAMA TERCEMAR , KENANG LAH USAHA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENEGAKKAN SYIAH ISLAM DAN JANGANLAH KITA TERGOLONG DI DALAM KALANGAN PERUNTUH INSTITUSI ISLAM DAN PEROSAK AGAMA.

[maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekonggol dengan benda ini , sudah bagi tanggungjawab aku sebagai orang Islam]
* dont say its typical malay minded or u ni kolot n sesaudara dengannya. Everytjing happens for a reason.



written by little pona :)




Older Post . Newer Post