Alahai
Thursday, February 21 . 1 word(s) .
Bab 1
“ Hazruqi dan Husna kamu
ni pantang aje berjumpa. Ada sahaja yang
kamu gaduhkan, macam anjing dengan kucing. Saya dah tak tau nak buat apa dengan
kamu berdua.” Marah Puan Farisha pada dua anak murid dihadapannya itu. Kuliah pada
hari itu terhenti gara-gara kerenah Hazruqi dan Husna yang memulakan perang
dunia ketiga mereka. Habis satu dewan kuliah dilibatkan mereka berdua.
‘Asbestos betul balasaurus sebelah aku ni.
Siapa suruh kau buat pemadam tu peluru tuju kat kepala aku. Tak pasal-pasal
kena ceramah free ngan prof. Cair earwax aku ni…’gumam Husna sambil
menghantar jelingan maut ke arah
Hazruqi.
‘Amboi, jeling pulak angin artik ni. Cungkil
biji mata tu, baru tau. Huh, buat malu je kena marah depan satu kelas. Tulah
Juki yang kau pergi shoot minah tu
waktu camni kenapa? Kan dah jatuh saham.’ Bebel Hazruqi pada dirinya.
Renungan tajam dari Puan
Farisha tidak diendahkan. Pelajar-pelajar yang lain khusyuk menonton drama
percuma dihadapan mereka dan masing-masing memikirkan adegan seterusnya yang
akan berlaku.
“Both of
you, this is the last time I caught you fighting each other. Kalau saya
dapati kamu berdua bergaduh lagi ecspecially
ketika kelas saya, saya tak akan teragak-agak untuk demerit markah kamu.
Faham?!” Hazruqi dan Husna mengangguk perlahan.
“ Okay class. We’ll stop our lesson until here. Please make sure to pass
your assignment before Chinese New Year or I’ll make sure you will not graduate
this year. Understand?” Puan Farisha mengingatkan pelajarnya sebelum
melangkah keluar daripada dewan kuliah. Masing-masing mengeluh mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut pensyarah yang digeruni itu sambil menyusun
langkah keluar daripada dewan kuliah.
“ Cuna!!! Tunggu aku jap.
Slow sikit boleh tak.” Tercungap-cungap Afiqah mengejarnya. Tak cukup nafas.
“ Kau ni jalan la cepat
sikit. Jangan jadi siput sedut tu.” Arghhhh!..
tensionnya aku. Assignment lagi. Balasaurus lagi.
“ Cuba kau calm down. Aku
tengok muka kau dah macam ayam berak kapur.haha “
“ Fiqa my dear, how can I calm down lepas kena marah dengan Prof Farisha depan satu kuliah. Ni
semua gara-gara Juki da Balasaurus tu. I’ll
make sure he will pay for the rest of his life.” Husna sudah berkira – kira
untuk membalas dendam terhadap Hazruqi. Apa yang ada dihadapannya sudah tidak dihiraukan.
“ Husna Syafiqah Sulaiman
Arshad, better watch your steps.
Depan kau ada …” Fiqa tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
Bukk!!
Ouch! “ I’m sorry. It was my mistake. Sorry, saya tak perasan orang kat
depan saya. Biar saya tolong awak kutip kertas ni.” Tertunduk-tunduk Husna
mengutip helaian A4 yang berteraburan di atas jalan.
“ It’s okay. Happens all the time. Salah saya juga tak perasan awak.”
Ujar lelaki dihadapan Husna itu sambil tersenyum.
“ Nah, this is yours….”
Bulat mata Husna melihat lelaki yang dilanggarnya tadi.
“ Kau?!” teriak kedua
–duanya. Orang disekeliling hanya memerhati. Afiqah yang tadinya terdiam segera
menarik lengan Husna untuk beredar sebelum ada yang tercabut anggota badan.
Tiba-tiba seorang gadis yang
berpakaian agak seksi meluru ke arah Hazruqi dan terus memeluk lengannya sebelum
membelek wajah Hazruqi. “ Hubby, are you
alright? Apa yang perempuan ni buat kat you?” soal Qistina dengan manja sambil menjeling ke
arah Husna.
Ui, minah gedik ni apahal nak
jeling-jeling aku.
“ I’m fine sayang. Angin Artik ni mata letak kat mana tah. Jalan
menonong, tak tengok depan. Hubby yang jadi mangsa langgar lari dia.” Adu Hazruqi
pada Qistina.
Husna menonton drama swasta
mereka dengan perasaan jelek. Aku ni sikit punya berbudi, siap tolong kutip
kertas assignment kau yang berterbangan. Ada ke kata aku langgar lari.
“Hoi perempuan, lain kali
jalan mata letak kat depan bukan kat lutut. Now,
look at what you’ve done to my hubby. “
Husna sudah mengeluarkan
aura killernya “ Wahai betina! Kau
tak Nampak ke mata aku terletak elok kat muka. Ada Nampak mata aku kat lutut?
Tak ada kan. By the way, aku tengok kekasih kau tu sihat je. Tak ada yang
tercabut pun. And kau jangan nak
menyibuk, yang kena langgar mamat ni bukan kau. So tak payah nak melebih.”
Qistina masih tidak puas
hati lagi dengan jawapan yang diberikan Husna. “ Agaknya you ni ada hati dengan
boyfriend I. Sebab tu you sengaja langgar dia.”
“Aku tak hadap la dengan
balasaurus tu. Yang kau senteng sangat ni kenapa. Ramai lagi lelaki kat planet
bumi ni. Bukannya aku mati kalau tak jatuh hati kat dia. Betina senteng. Dah la
Fiqa, jom kita blah. Boleh kena high
blood pressure kalau aku bertapa kat sini.” Tangan Fiqa ditarik
meninggalkan kawasan kejadian. Orang ramai terpinga-pinga melihat Husna dan
Afiqah yang berlalu.
“ Hubby, tengok tu. Dia
panggil I betina twice.” Bentak
Qistina.
“ Biarkan jelah sayang. Angin
Artik dia tengah tak betul tu. You jangan cari pasal dengan dia. Dia tu lain
macam sikit. Eh sayang, you belum lunch
kan? Kita nak makan kat mana?” ujar Hazruqi.
” I tak kisah asalkan dengan
you.” Qistina melemparkan senyuman manja kepada Hazruqi. Hei perempuan, aku
akan pastikan kau merana dan takkan ganggu kekasih aku ni lagi. Aku ni Intan
Qistina anak Dato’ Johari. You’ll pay for
it.
Labels: karya